Thursday, July 12, 2018

Teknik tepuk bantu masalah bayi berkahak #Part_1

#BATUK dan #selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap #bayi

Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan #kahakmahupun menghembus #hingus mereka sendiri..Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang #teknik_fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami #bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam #paru_paru.

"Simptom penyakit ini seperti #batuk, #demam, #selesema dan #sesak_nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini..

Bersambung part-2....


Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp… © Utusan Melayu (M) Bhd




No comments:

Post a Comment

Cash On Delivery (C.O.D)

. Ramai orang salah anggap bila C.O.D jer terus dapat FREE penghantaran masa tu juga..... Sebenarnya C.O.D adalah medium untuk...